Kita seringkali mengambil sikap tidak ambil kisah tentang Bahaya Elektrik, tetapi terdapat beberapa Peraturan Keselamatan Elektrik yang kita PERLU AMBIL TAHU.
Disini terdapat 10 Tips untuk membantu anda melakukan langkah awalan sebagai pencegahan kepada Bahaya Elektrik terhadap diri anda dan keluarga anda di rumah samada terhadap kemalangan mahupun kebakaran.
Oleh: Johar (Chargeman Jobs Think Tank)

1. Jadikan ianya satu tabiat mematikan bekalan kepada alatan elektrik yang tidak digunakan. Sebelum masuk tidur, jadikan ianya rutin anda untuk memeriksa kesemua alat elektrik telah benar-benar dimatikan atau diputuskan bekalannya.
2. Jangan sesekali letakkan beban berlebihan pada soket. Demi keselamatan, lebih baik anda hanya menggunakan satu plag untuk satu lubang soket. Walaupun anda menggunakan apa-apa penyambung tambahan (adapter) dan pastikan padanya terdapat fius. Jangan sesekali melebihi beban dengan yang telah ditetapkan padanya seperti yang tertera disitu.
3. Lebih mudah dan selamat jika anda memasangkan Pemutus Litar Miniatur (MCB) / Pemutus Litar Bocor Kebumi (ELCB) dengan menyediakan Kotak Fius Mudah Alih pada alatan yang anda digunakan di luar rumah seperti mesin rumput, penyedut hampagas atau penyembur air. Ianya akan terpelantik sendiri apabila didapati terdapat kebocoran arus pada alatan itu dan juga mudah untuk pastikan bekalan padanya benar-benar telah putus.
4. Sering memerhatikan keadaan plag, soket dan pendawaian anda samda terbakar, cair atau rosak. Jika berlaku sedemikian, tanpa pengetahuan yang cukup, jangan sesekali melakukannya sendiri, terus dapatkan khidmat Orang Kompeten Elektrik.
5. Jangan biarkan sebarang pendawaian atau bahan pengalir diletakkan dibawah karpet, tikar dsb. Ini menyukarkan anda mengetahui Bahaya yang akan berlaku pada wayar atau kabel tersebut pada masa akan datang.
6. Jangan biarkan pendawaian anda melalui atau merentasi di atas sebarang alat pemanas. Ini adalah amat merbahaya.
7. Jangan mencuba untuk memakukan atau menebuk lubang di dinding rumah anda tanpa pengetahuan yang cukup, ini kerana anda tidak tahu apa yang terdapat disebalik dinding tersebut. Begitu juga jika anda mengorek lubang dan mencuba untuk memotong sebarang dawai atau wayar dibawah tanah.
8. Elakkan percampuran bahan cecair dengan elektrik. Jauhkan kedua-dua bahan itu antara satu dengan yang lain. Sentuh alat elektrik apabila tangan anda benar-benar kering. Dan, pastikan Cerek Elektrik anda benar-benar OFF apabila hendak menambahkan air didalamnya.
9. Lebih baik jika anda tidak membawa alat elektrik ke Bilik Air dan kerap memeriksa keadaan wayar dan alat elektrik anda seperti, pengering rambut ataupun radio yang digunakan disitu.
10. Pastikan anak anda tidak berjalan didalam keadaan basah ke dalam rumah yang mana mungkin disebabkan oleh terkena hujan ataupun selepas mandi di kolam renang. Ini kerana, rumah anda sebenarnya dipenuhi dengan punca elektrik yang mana berkemungkinan dapat mengancam keselamatan anak anda. Pastikan mereka dikeringkan terlebih dahulu sebelum memasuki rumah.