Sedar, Cegah, Selamat
Kempen kesedaran Bahaya Elektrik seringkali dilaksanakan namun tidak ditekankan, sedangkan ianya adalah musuh yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar atau dirasai kehadirannya. Mangsa yang pernah melalui detik-detik cemas untuk melepaskan diri daripada Bahaya Elektrik akan merasakan bahawa dengan kurangnya kesedaran tentang bagaimana membantu mangsa renjatan, mengenali simptom renjatan, serta menyelamat nyawa bakal menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda dengan sekelip mata sahaja.
Kempen-kempen sebegini, mungkin sahaja melibatkan banyak kos yang akan digunakan oleh pihak-pihak terlibat, dan dengan itu ianya kelihatan agak terhad penyampaiannya. Jadi, tidak salah, sebagai salah seorang dari rakyat Malaysia yang prihatin, berpengetahuan, berpengalaman, berkemahiran dan berkompeten dapat membantu menyebarkan maklumat tentang Bahaya Elektrik kepada umum agar Keselamatan Elektrik dapat diutamakan setiap masa, serta kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda juga dapat dielakkan dari semasa kesemasa.
Jika anda berminat menyertai kami secara sukarela, sila Klik Butang di Bawah ini:-